Skip to main content

Calon PH yakin dapat undi Melayu


SEREMBAN -- Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram optimis untuk mendapat 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, 13 April ini.
Timbalan Ketua Cabang PRK Rantau itu berkata, beliau telah bekerja keras sejak tiga tahun lepas bagi menyelesaikan masalah dihadapi pengundi, dan percaya penduduk kawasan itu akan beri peluang untuknya membuktikan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri yang bagus.
Dr Streram, 60, berkata walaupun sebahagian daripada pengundi Melayu bersikap ‘senyap’, tetapi beliau percaya mereka akan mengundi calon PH bagi merealisasikan perubahan di Rantau.
“Saya percaya paling kurang 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan berikan sokongan mereka kepada saya. Kalau dapat angka minimum ini pun, saya akan gembira. Bagi pengundi bukan Melayu, saya meletakkan sasaran antara 70 peratus hingga 80 peratus, dan ia memadai untuk PH menang," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Simpang Limsum di sini hari ini.
Rantau mempunyai 20,926 pengundi berdaftar di mana 20,804 merupakan pengundi biasa, 118 pengundi awal, dan empat pengundi tidak hadir.
Pecahan mengikut kaum pula, 55.51 peratus atau 11,615 pengundi adalah Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh).
Dengan peratusan yang tinggi dari pengundi Melayu akan mengundi beliau, Dr Streram yang juga merupakan seorang pakar bius, percaya inilah masa terbaik untuk merampas semula kerusi Rantau daripada penyandangnya yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan.
PRK Rantau pada 13 April menyaksikan pertembungan empat calon antara Dr Streram, Mohamad yang mewakili Barisan Nasional dan dua calon bebas, R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.
PRK itu diadakan selepas Makhamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan satu petisyen yang dibuat Dr Streram.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...