Skip to main content

DBKL tambah 119 petak niaga bazar Ramadan Jalan Raja


KUALA LUMPUR -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan 119 lagi petak niaga bazar Ramadan di Jalan Raja di ibu negara sebagai tambahan kepada 225 petak yang diperuntukkan sebelum ini. 

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata ini menjadikan keseluruhan 344 petak, lebih banyak berbanding 228 yang didaftarkan di lokasi bazar Ramadan di Lorong Tuanku Abdul Rahman tahun lepas. Operasi bazar Ramadan itu dipindahkan ke Jalan Raja tahun ini.

“Proses cabutan undi fasa pertama untuk 225 petak telah selesai pada Selasa lalu dan fasa kedua untuk 119 petak tambahan pula akan dibuat pada 16 April ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Katanya lagi, 55 lokasi bazar Ramadan telah dikenal pasti dengan 4,272 petak niaga telah berdaftar dengan DBKL setakat hari ini. 

“Lima daripada jumlah lokasi Bazar Ramadan itu akan diuruskan sepenuhnya oleh DBKL, manakala 50 lagi akan diserahkan pengurusannya kepada persatuan peniaga dan penjaja dari segi penyusunan tapak dan kebersihan.

“Maknanya persatuan (peniaga dan penjaja) yang menguruskan tapak bazar Ramadan berkenaan boleh mengenakan caj pengurusan kepada peniaga tetapi dengan harga munasabah,” katanya. 

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata pihaknya telah memperuntukkan lebih RM1.7 juta untuk kemudahan infrastruktur di bazar Ramadan Jalan Raja. 

“Ia bagi memastikan kawasan itu terurus dan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung sepanjang bulan Ramadan,” katanya. 

Terdahulu, Khalid turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo KLWBC 2020, Sin Boon Seang, 24, yang merupakan pereka grafik dari Pulau Pinang. 

Sebanyak 208 penyertaan diterima sepanjang pertandingan yang bermula 25 Feb hingga 20 Mac lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...