Skip to main content

Ini sembilan tempat ambil air bagi pengguna yang terjejas esok


KUALA LUMPUR -- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menyediakan sembilan lokasi pili air awam, bagi kegunaan pengguna yang bakal terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual yang bermula 9 pagi esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pili air awam itu diletakan di kawasan strategik seperti masjid, sekolah dan pusat perniagaan.

"Sebanyak empat lokasi pili air awam diletakkan di wilayah Petaling, dua masing-masing di Klang dan Kuala Selangor, dan satu di Kuala Lumpur iaitu di Gelanggang Futsal Sungai Besi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Raof berkata, pili air awam di wilayah Klang akan ditempatkan di Masjid Ar Rahimah, Sri Andalas (berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang) dan Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 16 (bawah kolam seksyen 16). 

Sementara di wilayah Petaling, pili air awam ditempatkan berhampiran SK Desa Tasik, PJS 3, Taman Medan, Pejabat Perhutanan Sungai Buloh dan Pejabat Ahli Majlis Zon 23, Taman Awam SS9. 

Di wilayah Kuala Selangor, dua lokasi pili air awam tersebut adalah di Pusat Perniagaan Alam Jaya di Jalan PPAJ 2/8 dan Pusat Perniagaan Alam Jaya Jalan PPAJ 3/8. 

Abdul Raof berkata, pihak Air Selangor juga turut menyediakan stesen pengisian air khusus bagi pembelian air untuk pelanggan industri. 

"Pihak industri boleh membuat pembelian air dan berurusan di kaunter-kaunter Pejabat Wilayah Air Selangor. Pembelian air oleh pihak industri perlu menggunakan lori tangki air yang diuruskan sendiri," katanya. 

Antara lokasi stesen pengisian air oleh pihak industri adalah Kolam Sungai Kapar Indah C (Klang), Jalan TPK2/2, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong (Petaling), Taman Selayang Mutiara (Gombak), Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat (Kuala Lumpur/Hulu Langat) dan Jalan Bukit Belimbing, Kampung Permatang, Kuala Selangor.

Bermula esok sehingga 27 April, sebanyak 577 kawasan di Lembah Klang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Gangguan air itu melibatkan enam wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula esok dan melibatkan 620,835 pemilik akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...