Skip to main content

Kelantan harap Petronas hadir kes saman


KOTA BHARU -- Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke mahkamah bagi membolehkan prosiding penarikan saman royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei ini, dapat diselesaikan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata prosiding yang diadakan 17 April lepas terpaksa ditangguhkan ke 17 Mei disebabkan tiada wakil Petronas dan kerajaan persekutuan yang hadir.

“Kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenainya (penarikan saman) disebabkan perkara itu hanya boleh diputuskan di dalam mahkamah...wakil daripada Petronas dan kerajaan persekutuan mesti hadir untuk kita kemukakan (penarikan saman) itu,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al Karim peringkat Antarabangsa 1440H/2019M di sini malam tadi, Ahmad berkata prosiding yang akan datang adalah pada bulan Ramadan dan semua pihak diharap dapat menghadirkan diri supaya urusan dapat dilaksanakan dengan baik sempena bulan yang mulia itu.

Penarikan saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan kerajaan persekutuan sebagai pencelah, hanya dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut.

Difahamkan, sebelum ini Petronas tidak bersetuju dengan penarikan balik saman kerana tidak mahu Kelantan menyaman mereka semula atas sebab sama pada masa hadapan.

Bagaimanapun, kerajaan Kelantan memberi jaminan tidak akan berbuat demikian sekiranya Petronas dan kerajaan persekutuan membayar royalti kepada Kelantan.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan persekutuan akan membayar royalti petroleum kepada Kelantan, selepas proses penarikan saman oleh kerajaan negeri selesai pada April.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata royalti minyak itu akan dibayar terus kepada kerajaan negeri namun selagi proses perundangan di mahkamah tidak selesai, kerajaan persekutuan tidak boleh membayar royalti minyak itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...