Skip to main content

Kementerian nafi dakwaan Najib berhubung eksport minyak sawit


KUALA LUMPUR -- Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 25 April lepas untuk China mengimport tambahan sebanyak 1.9 juta tan metrik minyak sawit Malaysia bukanlah lanjutan MoU yang dimeterai pada 23 Nov 2015.

Kementerian Industri Utama (MPI) dalam kenyataan hari ini berkata MoU yang ditandatangani Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada masa itu hanyalah berhubung kerjasama antara Malaysia dan China berkaitan kualiti dan keselamatan minyak sawit yang dieksport ke republik tersebut.

“Kerjasama itu untuk memudah cara dagangan sawit negara ke China. Tiada sebarang bentuk komitmen atau jaminan China untuk meningkatkan pengimportan minyak sawit Malaysia.

“Di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), kementerian diminta untuk merundingkan sejumlah tambahan import minyak sawit Malaysia oleh China dan pada masa yang sama, meneroka peluang-peluang di bawah inisiatif Forum Jalur dan Laluan (BRF), baru-baru ini,” kata kementerian itu.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi catatan di laman Facebooknya berkata MoU yang dimeterai pada baru-baru itu adalah lanjutan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan Barisan Nasional semasa pemerintahannya pada 2015.

Pada 25 April lepas, China telah bersetuju untuk menambah jumlah import minyak sawit dan perjanjian itu telah dimuktamadkan dalam MoU antara Majlis Minyak Sawit Malaysia dan China Chamber of Commerce of Import and Export of Foodstuffs, Native Produce and Animal By-Products.

“Objektif utama MoU ini adalah untuk meningkatkan hubungan baik perdagangan agrikomoditi khususnya dalam sektor minyak sawit antara kedua-dua negara.

“Ia juga akan meningkatkan tambahan eksport minyak sawit ke China dengan jumlah agregat sebanyak 1.9 juta tan bernilai RM4.56 billion untuk tempoh lima tahun bermula pada 2019 hingga 2023,” kata MPI.

Kerjasama itu membolehkan pembelian terus minyak sawit dan produk berasaskan sawit antara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan China dan syarikat pengeksport minyak sawit Malaysia.

“MoU ini tidak menyekat atau mengehadkan eksport minyak sawit Malaysia ke China. Ia adalah sebagai tambahan kepada eksport sawit sedia ada ke China oleh pengeksport-pengeksport Malaysia,” kata kementerian itu.

MoU itu juga membuka peluang baharu kepada Malaysia untuk pelaburan modal dalam kilang biobahan api jet dengan anggaran RM2.06 bilion (US$500 juta) dan lelemak tepu RM206 juta (US$50 juta).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...