Skip to main content

Kerajaan yakin boleh kendali berita palsu


PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya kerajaan boleh kendalikan penyebaran berita palsu walaupun setelah pemansuhan  Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Mengakui bahawa media sosial boleh disalahgunakan dengan serius, beliau berkata kerajaan akan menghapuskan akta itu seperti yang dijanjikan kepada rakyat yang mengundi kerajaan sekarang memegang kuasa.

"Bagi kita, ini bermakna kita perlu belajar cara mengendalikan berita palsu itu. Apabila kita mempunyai undang-undang yang menghalang orang daripada menyiarkan pandangan mereka, kita takut kerajaan sendiri boleh menyalahgunakannya seperti yang terjadi pada kerajaan yang lalu.

Kami tidak mahu mana-mana kerajaan, yang ini atau yang seterusnya menggunakan undang-undang untuk membuat berita palsu bagi mengekalkan diri sendiri.

"Tetapi sudah tentulah (berita palsu) sukar untuk ditangani tetapi kita  percaya kita  dapat menerima cabaran dan dapat mengendalinya," katanya dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman ke-9  Pemimpin Malaysia- Singapura, di sini hari ini.

Pada September 2018, Dewan Negara Dewan Negara  menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos..

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai  kritikan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) terhadap langkah kerajaan Singapura menguatkuasakan akta anti berita palsu manakala Malaysia bergerak ke arah yang berbeza untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018. 

Menjawab pertanyaan itu Perdana Menteri Lee berkata  berita palsu adalah masalah serius yang membimbangkan banyak negara dan Singapura bukanlah satu-satunya negara yang menggubal undang-undang sedemikian.

Menurutnya, Perancis, Jerman dan Australia telah melakukan sesuatu yang serupa dan sangat zalim.

Lee berkata rang undang-undang perlindungan daripada kepalsuan dalam talian dan manupilasi (POFMA) akan menjadi langkah penting dan kerajaan akan terus melakukan perkara yang sesuai untuk Singapura.  

RSF dalam kenyataan baru-baru ini menganggap rang undang-undang POFMA yang dibentangkan ke parlimen pada 1 April  itu sebagai “halangan utama untuk memaklumkan.”

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...