Skip to main content

Malaysia tidak perlukan undang-undang lese majeste


KUALA LUMPUR -- Tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti ‘lese majeste’ di Thailand setakat ini bagi melindungi​ ​​​​​​kesucian institusi Diraja daripada dihina dan diserang oleh individu dan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak berbincang  mengenai perkara itu kerana berpendapat akta sedia ada mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

"Setakat ini, kami tidak berbincang sama ada keperluan sesuatu akta seperti yang ada di Thailand iaitu undang-undang khas untuk raja-raja seperti lese majeste,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan akta baharu seperti undang-undang Lese Majeste yang diamalkan di Thailand bagi membendung serangan terhadap Institusi Diraja.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata peruntukan di dalam Akta Hasutan 1948 akan diteliti untuk dimasukkan di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina institusi Diraja.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk melihat kewajaran dan keperluannya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Polis Diraja Malaysia telah menyiasat 97 kes pembuli media sosial yang menghina Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sejak 2012 hingga 29 Mac lepas, dengan 11 individu telah dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pelbagai langkah telah diambil untuk menjamin kes penghinaan tidak berulang antaranya melalui kempen kesedaran bersama orang awam, membuat kajian terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia serta menubuhkan unit pemantau dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen polis.

Tegas Muhyiddin, kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman dan perbuatan dilakukan mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...