Skip to main content

Mengaku tidak bersalah subahat cemar sungai


JOHOR BAHRU -- Seorang pengarah bukan eksekutif sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dengan tiga lagi individu untuk melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, awal Mac lepas.

Tertuduh, Sim Wei Der, 50, yang merupakan warga Singapura dan menjadi pengarah syarikat itu sejak 2017, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, Sim didakwa bersubahat dengan N.Maridass, 35, Yap Yoke Liang, 42, dan Wang Jing Chao, 34, untuk melupuskan buangan minyak atau enap cemar berminyak yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke Sungai Kim Kim dengan menggunakan motolori jenis Mitsubishi dan semi treler tangki minyak sawit, tanpa mendapat apa-apa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 12.01 tengah malam dan 1 pagi, 7 Mac lepas, berhampiran kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim, Jalan Kota Masai 1, Pasir Gudang.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibaca bersama Seksyen 42 akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34(B)(4) akta sama iaitu dipenjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak melebihi RM500,000.

Terdahulu, Pengarah Pendakwa Negeri Johor, Amir Nasruddin memohon kepada mahkamah agar Sim tidak dibenarkan diikat jamin kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukannya serius sehingga memberi kesan kepada ramai penduduk berikutan terdedah kepada pencemaran itu.

Bagaimanapun, peguam Joshua Tay yang mewakili tertuduh, membantah permohonan itu kerana menurutnya, tertuduh harus mendapat jaminan sepertimana yang telah diberikan kepada Wang (juga warga Singapura) yang turut menghadapi pertuduhan sama, sebelum ini.

Mahkamah kemudian menetapkan Sim diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan selain mengenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri ke Balai Polis Pasir Gudang setiap 15 hari bulan sehingga kes itu, selesai.

Kes disebut semula pada 23 Mei ini.

Semalam, polis menahan Sim sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada pukul 11.17 pagi.

Sebelum itu, dia diburu dan diletakkan dalam senarai orang dikehendaki bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...