Skip to main content

Pegawai kerajaan tidak boleh terima hadiah


PUTRAJAYA -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan anggota pentadbiran kerajaan tidak dibenarkan menerima hadiah.

Mengulas laporan penahanan seorang setiausaha politik menteri berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama, Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai jenayah tersebut.

“Jika seseorang menerima sesuatu sebelum menyertai kerajaan itu masalah mereka, bukan masalah kita.

"Hanya apabila anda bekerja dalam kerajaan anda tidak dibenarkan menerima hadiah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Limited(Hutchison Ports) di sini untuk membangunkan Hab Pemindahan Kapal ke Kapal terbesar di dunia di Johor.

Seorang setiausaha politik menteri direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuab Malaysia (SPRM) selama empat bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.

Menurut laporan media, lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai menerima jam tangan mewah tersebut sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan itu  mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Dr Mahathir yang turut ditanya mengenai spekulasi Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI  akan diadakan semula pada April ini, berkata beliau tidak boleh menjawab perkara itu berikutan ia masih dalam peringkat perbincangan.

Program itu  yang dijalankan Jabatan Imigresen bermula pada 15 Februari 2016 dan tamat pada 30 Jun 2018 bertujuan memberi permit kerja sah kepada PATI bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memutuskan perkembangan terbaru mengenai isu sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd dalam mesyuarat Kabinet kelak.

"Mungkin akan berlaku perbezaan pendapat mengenai isu berkenaan dan ia adalah biasa. Namun, apa yang diputuskan oleh Kabinet kelak akan dianggap keputusan rasmi kerajaan," katanya.

Kerajaan pada Disember 2018 telah menetapkan dua syarat utama bagi Lynas untuk membolehkan mereka kembali memperbaharui lesen operasi mereka iaitu syarikat itu perlu menghantar 450,000 metrik tan sisa 'Water Leached Purification' (WLP) yang mengandungi bahan radioaktif keluar dari negara ini.

Selain itu mereka juga perlu mengemukakan pelan tindakan bagi melupuskan satu lagi sisa buangan iaitu 'Neutralisation Underflow Residue '(NUF) yang tidak mengandungi radioaktif.

Ini adalah tertakluk di bawah Peraturan 9 (6) dan 9 (7) serta Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Selepas mematuhi syarat ini, barulah permohonan pembaharuan lesen boleh dipertimbangkan.

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula harga gas asli cecair (LNG) untuk mengikuti langkah Singapura berikutan penurunan harga LNG, Dr Mahathir berkata gas itu kini dijual pada harga bersubsidi.

"Ia sangat rendah, lebih rendah daripada negara pengeluar minyak yang besar, apa lagi yang boleh anda minta?" katanya.

Menurut laporan media, harga LNG Asia telah jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh hampir tiga tahun dan tahap inventori yang tinggi di Asia Utara membendung permintaan import.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...