Skip to main content

Peguam dipenjara 30 hari hina mahkamah


PUTRAJAYA -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 terhadap peguam  Arunachalam Kasi atau lebih dikenali sebagai ‘Arun Kasi’ selepas mendapatinya bersalah menghina mahkamah berhubung dua kenyataannya yang mengkritik prosiding serta keputusan satu kes mahkamah.

Hakim Tan Sri Ramly Ali, yang mengetuai panel lima hakim, berpendapat bahawa kenyataan menghina yang dibuat  Arun Kasi terhadap Mahkamah Persekutuan adalah sangat serius dan mencemarkan nama baik badan kehakiman secara keseluruhannya, serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman,  mencemuh, memalukan  dan menyinggung maruah, integriti serta kesaksamaan mahkamah.

“Kami (panel) turut memberi pertimbangan kepada penghujahan Badan Peguam supaya tidak mengenakan hukuman melibatkan pemenjaraan. Bagaimanapun, graviti kesalahan yang dilakukan  Arun Kasi ditambah pula dengan keengganan beliau untuk menyatakan permohonan maaf tidak berbelah bahagi mewajarkan Mahkamah ini untuk mengambil pandangan serius terhadap perkara ini.

“Dalam keadaan ini, kami berpandangan bahawa hukuman yang sesuai adalah penjara bagi tempoh  30 hari mulai hari ini dan denda  RM40,000 atau penjara  30 hari,” kata Hakim Ramly.

Panel itu yang turut dianggotai empat Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan  Datuk Nallini Pathmanathan turut menolak permohonan Arun Kasi bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

“Kami dapati tiada merit untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ini. Permohonan penangguhan ditolak.  Arun Kasi akan menjalani hukuman hari ini,” kata Hakim Ramly.

Peguam Datuk Joy Appukuttan yang mewakili  Arun Kasi memohon penangguhan pelaksanaan hukuman kerana beliau mahu memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan hari ini.

Dalam jawapannya, Peguam Negara Tommy Thomas berkata kes ini bukanlah satu kes jenayah yang memerlukan penangguhan sementara menunggu rayuan untuk ke peringkat seterusnya.

Arun Kasi yang berdiri di luar kandang tertuduh, turut memohon penangguhan dan memaklumkan kepada mahkamah dia kini mendapatkan rawatan di hospital dan doktor memberinya kebenaran untuk menghadiri prosiding mahkamah dan dia perlu datang kembali ke hospital.

Pada 27 Feb tahun ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina ke atas  Arun Kasi kerana didakwa mengeluarkan kritikan berkaitan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Dr Abdul Hamid Abu Backer mengenai dakwaan salah laku hakim dalam dua artikel yang disiarkan portal dalam talian  Aliran pada 16 Feb dan 22 Feb 2019.

Dalam kedua-dua artikel itu, Arunachalam didakwa mengkritik perjalanan prosiding Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah pada 11 Nov 2018, dalam kes PCP Construction lwn Leap Modulation.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...