Skip to main content

Pekebun mengaku tidak bersalah menghina Agong


KUALA LUMPUR -- Seorang pekebun yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, di laman sosial Facebook, hari ini menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sharil Mohd Sarif, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim  M.M Edwin Paramjothy pada sebutan semula kes.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 April untuk menjatuhkan hukuman ke atas OKS.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook “Sharil Chain”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, berserta sekeping gambar senarai Yang di-Pertuan Agong, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 11.30 pagi, 13 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal memohon hukuman pemenjaraan berat dan denda mengambil kira kesalahan serius OKS kerana mencabuli Perlembagaan Persekutuan dengan mengeluarkan kenyataan menghina dan cacian terhadap individu yang mempunyai darjat yang tinggi.

“Kesalahan yang dilakukan OKS adalah serius kerana menggunakan ayat-ayat cacian dan kejian melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja.

“Walaupun kenyataan yang menghina Yang di-Pertuan Agong bukan berbaur politik tetapi ia bersifat menyerang karektor peribadi ini kerana Yang di-Pertuan Agong bukan rakyat biasa tetapi ketua negara di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Peguam M. Dinesh yang mewakili OKS itu memohon hukuman pemenjaraan minimum dengan alasan  anak guamnya tidak mampu untuk membayar denda kerana berpendapatan RM1,000 sebulan.

“Sememangnya diketahui bahawa kenyataan itu tidak patut digunakan oleh rakyat Malaysia, namun tindakannya yang mengaku bersalah menunjukkan dia telah memahami akibat perbuatannya. 

“Mohon tempoh penjara minimum agar hukuman itu tidak memudaratkan dia dan keluarganya," katanya sambil menambah anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan mempunyai seorang isteri serta empat anak berusia antara 12 hingga lima tahun.

Sementara itu, dalam prosiding sama mahkamah menetapkan tarikh serupa ( 26 April) bagi sebutan semula kes seorang pekerja khidmat pelanggan wanita T.R Thurkai Devi, 32, selaku OKS atas tuduhan sama.

Thurkai Devi yang tidak diwakili peguam, didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook “Thurkai Devi Tangga Raja”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pautan itu dibaca di laman profil Facebook “Belenggu Fatamorgana” di Pejabat Bahagian Perundangan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 14, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dang Wangi, di sini pada 11.17 pagi, 4 Jun 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Terdahulu, Muhamad Asyraf  memaklumkan mahkamah bahawa hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...