Skip to main content

Pertikaian Prasarana dengan Scomi Transit selesai


RAWANG -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) hari ini menandatangani perjanjian peroleh dan baik pulih tren monorel yang sekali gus menandakan penghujung pertikaian kedua-dua pihak mengenai perkhidmatan KL Monorail. 

Majlis yang berlangsung di Pusat Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi Scomi di sini itu disaksikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. 

“Sebarang pertikaian dari segi undang-undang antara kedua-dua pihak sebelum ini akan ditarik balik, jadi tiada lagi tindakan mahkamah,” katanya kepada pemberita kemudian. 

Loke berkata di bawah perjanjian itu, STP akan membaik pulih lima set tren empat gerabak yang telah dihentikan perkhidmatan sejak Januari 2018 selain membekalkan tujuh lagi set tren empat gerabak yang baharu. 

Katanya, penyelesaian dengan nilai keseluruhan RM303 juta itu dibuat susulan persetujuan Jemaah Menteri pada Januari lepas yang mahu isu berkaitan perkhidmatan monorel di ibu negara diselesaikan. 

Loke berkata STP perlu menyiapkan pembaikan lima set tren berkenaan dalam masa tiga ke enam bulan manakala tujuh tren yang baharu itu perlu diserahkan dalam masa 20 bulan.

Sementara itu, Loke berkata penyelesaian hari ini diharap mampu mempertingkatkan kualiti dan perkhidmatan tren monorel kepada orang awam. 

“Kita juga jangkakan peningkatan penumpang harian perkhidmatan monorel. Pada 2015 ia melepasi 71,000 penumpang sehari berbeza dengan sekarang iaitu kira-kira 30,000 penumpang sehari,” tambahnya. 

Menurut Prasarana, operasi monorel pada 2015 menggunakan lima set tren empat gerabak dan lima set tren dua gerabak. Namun, ia kini beroperasi dengan lima tren dua gerabak sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...