Skip to main content

Polis hanya menemui khemah yang sudah lama ditinggal


PUTRAJAYA -- Operasi penggeledahan oleh pasukan komando polis VAT 69 di kawasan hutan di Genting Perah, Perlis pada Mac 2015 menemukan sebuah kem penempatan dengan 14 khemah yang pernah diduduki pendatang asing, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis diberitahu hari ini.

Inspektor Mohamad Afiq Sarmid daripada pasukan komando VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak yang merupakan saksi ke-17 RCI berkata penemuan tersebut membawa kepada penahanan lima orang pendatang tanpa izin pada kira-kira 200 meter dari tapak penempatan tersebut.

Menurutnya, operasi melibatkan 24 anggota digerakkan bermula 11 Mac 2015 susulan penemuan kem penempatan dan kubur di Bukit Wang Burma pada Januari 2015 dengan skop tugasan mereka adalah untuk mengesahkan sama ada terdapat penempatan pendatang tanpa izin di kawasan Genting Perah.

“Pergerakan kami untuk sampai ke tempat penempatan itu mengambil masa dan hanya ditemui pada hari ketiga iaitu pada 13 Mac,” katanya yang diarahkan oleh Pegawai Turus Risikan untuk mengetuai pasukan  masuk ke hutan Genting Perah untuk melakukan pencarian dan penggeledahan.

Mohamad Afiq yang kini bertugas selaku Pembantu Pemerintah Skuadron Delta VAT 69 berkata kesemua khemah yang ditemui itu merupakan khemah lama yang diduduki pendatang tanpa izin berdasarkan struktur yang hanya tinggal rangka.

Susulan itu, pasukannya membuat carian di kawasan berdekatan dan menemui lima warga asing yang sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk pistol dan sebilah pisau pada dua warga Thailand yang ditahan, manakala tiga warga Rohingya tidak memiliki senjata serta pengenalan diri, katanya.

Menurut Mohamad Afiq, beliau menghubungi Pegawai Pemerintah Markas Taktikal sebelum diarahkan turun dan menyerahkan bukti serta orang tahanan kepada Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

Kepada soalan Timbalan Pengerusi RCI Tan Sri Norian Mai yang hairan mengapa tiada kubur ditemui sepanjang operasi tersebut, Mohamad Afiq berkata beliau hanya mengikut arahan dan objektif operasi adalah untuk mengesan kewujudan pendatang tanpa izin.

Saksi ke-18, Inspektor Mohd Husyairi Musa yang diberi arahan membawa pendatang tanpa izin berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar berkata tahanan tersebut diserahkan kepadanya di satu kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Negara Perlis pada kira-kira 5 petang, 13 Mac 2015.

Mohd Husyairi yang ketika itu bertugas sebagai Inspektor Risikan Operasi IPD Padang Besar berkata pemeriksaan lanjut terhadap pendatang tanpa izin yang diserahkan dengan tangan diikat itu turut menemui satu beg berwarna coklat yang mengandungi wang tunai RM410 dan mata wang Thailand berjumlah 100 baht.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...