Skip to main content

Polis tingkat kawalan, Sungai Golok cetek


PASIR PUTEH -- Polis Kelantan sentiasa siap siaga mengawal kawasan  sempadan Malaysia-Thailand tentang kemungkinan berlaku penyeludupan pelbagai barangan terlarang ke negara ini berikutan keadaan Sungai Golok yang cetek berikutan cuaca panas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, air sungai yang cetek sehingga ke paras lutut memudahkan penjenayah mengambil kesempatan menyeludup barangan terutama dadah ke negara ini.

“Polis tidak memandang mudah mengenai situasi sekarang, terutama membendung kemasukan dadah dari negara jiran dan tidak kira situasi apa pun kita tetap bersedia,” katanya kepada pemberita pada majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Pada majlis itu Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Ganti Jimmy menyerahkan tugas kepada DSP Azmin Damiri sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Hasanuddin berkata, sebelum ini mereka sukar memboloskan diri kerana terpaksa menggunakan perahu, tetapi kini mereka hanya berjalan kaki untuk membawa barangan seludup ke negara ini.

“Lebih-lebih lagi pasukan keselamatan tidak boleh lagi menggunakan bot seperti biasa meronda sepanjang sungai itu untuk menghalang kegiatan mereka berikutan paras air sungai yang cetek,” katanya.

Katanya, polis termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan penguatkuasa agensi berkaitan, masih mampu mengawal keadaan menerusi darat apabila sehingga kini tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun katanya berdasar situasi itu terdapatnya cadangan membina segera pagar di kawasan sempadan sebagaimana di Perlis, Kedah ke Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata jika berpagar, ia akan menyukarkan sedikit pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan pada keadaan dan musim tertentu menyeludup masuk barangan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...