Skip to main content

Rakyat Malaysia ditangkap seludup dadah 64 kg ke Thailand


BANGKOK -- Polis Thailand memberkas seorang lelaki rakyat Malaysia dan merampas 64 kilogram ganja berhampiran sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Timbalan Ketua Polis Hat Yai Lt Kol Pol Tanawat Sengsui berkata bertindak atas maklumat, polis menahan pemandu lori buah-buahan berusia 36 tahun dari Pulau Pinang itu di rumah tetamu di sebuah kampung di Khuan Lang, Songkhla pada 2.30 pagi (waktu tempatan) Sabtu. 

Beliau berkata pemeriksaan polis menemukan ketulan ganja mampat seberat 64 kg yang disembunyikan di bahagian yang diubah suai di dalam kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran Malaysia milik suspek.

“Suspek mengaku dia mengambil dadah tersebut di Hat Yai dan merancang untuk menyeludup keluar ke Pulau Pinang pada keesokannya. Dia juga mengaku diupah menyeludup ganja tersebut ke Malaysia menerusi pelbagai pusat pemeriksaan di sempadan sebelum ditangkap,” katanya.

Beliau berkata semalam adalah kali kelima lelaki itu berbuat demikian dan suspek juga cuba merasuah polis agar melepaskannya.

Tanawat berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah di Malaysia.

Katanya lelaki itu juga mengaku hanya menyeludup ganja ke Malaysia dengan mengangkut 60 hingga 70 kg setiap kali serta dibayar 30,000 baht (RM3,846) untuk setiap serahan.

Ganja kering itu bernilai kira-kira 10,000 baht (RM1,282) sekilogram di Thailand dan harganya meningkat dua hingga tiga kali ganda di Malaysia.

Ini merupakan kes kedua melibatkan rakyat Malaysia ditahan polis Thailand bersabit dadah bulan ini.

Pada 2 April lepas, lelaki Malaysia berusia 55 tahun diberkas bersama-sama 32 gram syabu di dalam 40 bungkusan kecil serta 11.9 gram ganja di rumahnya di Hat Yai.

Thanawat berkata lelaki itu pernah ditangkap atas kesalahan dadah dan dipenjarakan selama dua tahun di Songhkla serta dibebaskan tiga tahun lepas.

“Suspek menjual dadah itu pada harga 500-1,000 baht sepeket,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...