Skip to main content

Retak dalam Bersatu, Marzuki kata tidak benar


SEREMBAN -- Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem, dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata persepsi tersebut dilakukan pihak luar, yang hanya mahu memburukkan parti Bersatu.

"Jangan salah anggap kerana orang selalu membuat spekulasi tidak benar, dan perkara sebenar yang dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini adalah untuk membetulkan keadaan. Sebab kita tahu dalam berpolitik ini hanya platform yang paling tertinggi adalah Majlis Kepimpinan Tertinggi, jadi kita panggil bermesyuarat adalah untuk berbincang bagi mengetahui perkara sebenar.

"Alhamdullilah... kita selesaikan dengan baik, tanpa sebarang masalah cuma spekulasi dibuat oleh pihak tertentu menyatakan terdapat dua kem atau tiga kem, adalah tidak wujud sama sekali," katanya kepada pemberita.

Tambahnya yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar, penubuhan parti Bersatu ini adalah untuk berjuang bersama-sama dalam membina negara.

"Kita tidak perlu nak buat siasatan dalaman mengenai perkara ini sebab memang tidak wujud kem dalam parti seperti didakwa. Itu hanya persepsi orang luar.

"Kita tahu politik tidak jauh dari persepsi. Apa-apa juga persepsi hanya merosakkan segala-galanya, padahal kita tidak apa-apa dan mesyuarat dijalankan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu yang tular di media sosial yang mendakwa wujudnya dua kem melibatkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan kem Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Bersatu.

"Isu viral tersebut mungkin dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab, jadi kita abaikan...," katanya.

Semalam, media melaporkan beberapa pemimpin Bersatu hadir ke ibu pejabat parti di Petaling Jaya bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang difahamkan dijadualkan pada saat-saat akhir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...