Skip to main content

Saya mahu beri mereka jala - Dr Streram


SEREMBAN -- Rantau sangat indah untuk dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan.

Ini merupakan kata-kata yang diungkapkan oleh calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S. Streram ketika menggambarkan misinya untuk membangunkan Rantau dan memakmurkan penduduknya.

Dr Streram berkata terdapat banyak tanah yang tidak digunakan di Rantau yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan terutama di Kampung Sega Ulu, di sini.

Beliau berkata pemandangan dan persekitaran semulajadi yang indah dan luar biasa pasti akan menarik mereka yang menghargai alam semula jadi.

“Rantau berhampiran Port Dickson, mengapa kita tidak menarik pelancongan untuk berkunjung juga ke sini.

“Saya tidak mahu memberi mereka ikan, tetapi saya mahu memberi mereka jala agar mereka dapat mencari nafkah kehidupan dan berbangga dengan apa yang mereka lakukan di Rantau.

“Saya menghayati penduduk di Rantau terutamanya di kampung, saya mahu meningkatkan pendapatan mereka. Cara untuk menyokong asas pendapatan mereka ialah dengan membangunkan sesuatu yang dengannya mereka memperoleh pendapatan menerusi kemahiran dan ekopelancongan,katannya selepas bersarapan pagi bersama penduduk Rantau di sini.

Dr Steram menghabiskan waktu selama satu jam beramah mesra dengan penduduk berbagai bangsa sambil menerangkan rancangan beliau membangunkan kawasan itu.

Streram, yang juga timbalan ketua bahagian PKR Rembau, berkongsi pandangannya untuk menjadikan Rantau sebagai kawasan pembangunan pertanian, dengan tanaman  kelapa dan sayuran.

Beliau juga akan membincangkan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun untuk menarik pelabur ke Rantau  dan mewujdkan institusi pengajian tinggi di Rantau, yang menawarkan kursus dalam bidang kemahiran

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas iaitu Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...