Skip to main content

Setahun pentadbiran PH, nilaikan...


KUALA LUMPUR -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjaya melaksanakan lima janji kecil yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh setahun ini sebagai usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup, kata seorang pakar ekonomi.

Pakar Ekonomi, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah berkata antara janji tersebut ialah  memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menggantikannya dengan Bantuan Sara Hidup serta  memperkenalkan pas bulanan tanpa had  My50 dan My100 untuk perkhidmatan pengangkutan awam.

“Dalam teras kos sara hidup, tidak ada satu pun teras yang gagal. Jumlah janji yang positif dan sedang dilaksanakan adalah sebanyak 23 janji, lima telah terlaksana manakala 18 lagi dalam proses.

“Ini adalah satu perkara yang baik kerana kita telah lihat kerajaan mempunyai kekuatan politik, ingin melaksanakannya dengan mengurangkan kos sara hidup rakyat tapi kerajaan juga perlu peka untuk melihat  sesetengah janji ada kesan sampingannya jika dilaksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini.

Adli berkata kerajaan PH berjaya menstrukturkan semula BR1M yang sebelum ini  digunakan sebagai alat politik untuk memancing undi golongan muda.

Manakala Bantuan Sara Hidup, katanya berjaya mencapai matlamat untuk membantu golongan yang lebih memerlukannya.

“Di situ kita boleh lihat fokus kerajaan untuk menumpukan golongan B40 dan ini sangat penting kerana mereka adalah golongan yang telah lama ditindas dan mereka perlu dilindungi oleh kerajaan,” tambahnya.

Sementara itu, Penyelidik Kanan Demokrasi dan Tabdir Urus, IDEAS, Aira Azhari berkata kerajaan juga harus memahami realiti untuk melihat apa yang telah dicapai sepanjang setahun ini.

Katanya rakyat mengundi PH pada 9 Mei tahun lepas kerana mereka  sudah bosan dengan  rasuah dan ketidaktelusan  kerajaan Barisan Nasional.

“PH kena sedar bahawa majoriti rakyat sebenarnya hanya inginkan kehidupan mereka menjadi lebih baik. Mereka boleh memberikan pendidikan kepada anak-anak, penjagaan kesihatan yang  bagus di hospital kerajaan.

“Dan itu adalah cabaran kepada PH iaitu bagaimana PH mahu  memastikan bahawa rakyat menerima  manfaatnya,” katanya.

Aira berkata,  pada masa yang sama, kerajaan perlu bekerja dengan kekangan  tertentu, misalnya  berhadapan dengan bebanan hutang yang tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...