Skip to main content

Tak ada pihak ketiga antara FAMA dengan usahawan


PADANG BESAR -- Lembaga Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) tidak pernah melantik ejen atau orang tengah bagi mengurus permohonan mendapatkan bantuan atau menyertai program keusahawanan anjurannya.

Pengerusi FAMA, Ismail Ishak berkata orang ramai hanya perlu datang ke pejabat FAMA dan menemui pegawai agensi itu untuk mendapatkan bantuan diperlukan.

“Saya ingin menegaskan individu-individu yang menyamar sebagai orang tengah supaya berhenti berbuat demikian kerana kita boleh mengambil tindakan sewajarnya,” kata Ismail kepada media semasa lawatan kerja ke AgroBazar Rakyat (ABR) milik Wan Mohd Shafizan Wan Nan yang dinaik taraf di Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit di sini.

Sempena lawatan itu, FAMA mengadakan program ‘happy hour’ yang menawarkan harga barangan keperluan asas yang dijual di Pasar-Pasar Tani dan ABR pada harga rendah.

Ishak berkata FAMA akan mempelbagaikan kaedah pemasaran di samping meningkatkan bilangan usahawan menyertai program-programnya bagi menambah usahawan AgroBazaar Online.

Pada masa ini, lebih 4,800 pemasar berdaftar di bawah AgroBazaar Online yang menyumbang 10 hingga 15 peratus nilai jualan FAMA, tambahnya.

Menurut Ishak, usahawan yang berdaftar dengan FAMA dikecualikan membayar yuran memasarkan produk mereka dalam talian agensi itu.

“Kita ada lebih 19,000 item barangan yang ada di pasar maya dan makin bertambah. Oleh sebab itu kita menggalakkan usahawan berniaga secara dalam talian kerana mereka boleh memuat naik produk secara percuma,” katanya.

Katanya FAMA juga merancang menambah 14 lagi outlet ABR di seluruh negara dan sebuah daripadanya akan dibina di Kangar tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...