Skip to main content

Tidak ada kesan brek di lokasi kemalangan


SHAH ALAM -- Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin menyatakan tiada kesan brek ditemukan di lokasi kemalangan sebuah bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang besar berhampiran kawasan MASKargo, Sepang, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata tempat kejadian itu iaitu di S8 Jalan Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan sebuah jalan simpang tiga namun pihaknya masih menyiasat punca sebenar bagaimana bas berkenaan boleh terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan brek di lokasi kejadian. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan jika pemandu bas itu ada mengambil dadah atau mengantuk ketika kemalangan itu berlaku.

Perkembangan kes kemalangan ini kita akan ‘kemas kini’ dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam tadi, 11 orang dengan hampir kesemuanya warga asing maut selepas bas pekerja yang mereka naiki jatuh ke dalam longkang besar berkedalaman keseluruhan 20 meter.

Turut maut dalam kemalangan berkenaan adalah pemandu bas tersebut iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun.

Siasatan awal polis mendapati bas pekerja yang membawa 43 penumpang iaitu pekerja kontrak MASKargo itu dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan dan sepatutnya memulakan giliran kerja pada 12 tengah malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...