Skip to main content

Tiga rakan disemadi dalam satu liang lahad


KOTA TINGGI -- Jenazah tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng, Kota Tinggi yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Lok Heng, di sini.

Jenazah Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16, serta Muhamad Syafawi Zayadi, 17, selamat dikebumikan pada 12 tengah hari tadi.

Sebelum itu, satu solat jenazah diadakan di surau sekolah mereka pada sebelah pagi dengan penyertaan kira-kira 1,000 orang.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor   Aminolhuda Hassan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Rosleli Jahari; Pemangku Pengarah Pelajaran Johor Azman Adnan dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohd Fadil Ishak.

Aminolhuda berkata solat jenazah diadakan selepas mendapat persetujuan keluarga semua mangsa.

“Atas usaha YB  Rosleli dan pihak Hospital Kota Tinggi, urusan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah pelajar berkenaan juga dapat disempurnakan lebih awal dan kesemua jenazah sempat dibawa pulang ke rumah masing-masing di Felda Lok Heng," katanya.

Tambahnya, kejadian semalam berlaku ketika semua mangsa bersama seorang guru mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada menyertai aktiviti Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di SMK Semenchu.

"Mereka bertiga dan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Widyawati Simaran mewakili sekolah dalam Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di sekolah terbabit,” katanya. 

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi di Simpang Lok Heng berdekatan Bandar Penawar di sini.

Kemalangan turut menyebabkan Widyawati, yang bersama mereka cedera manakala pemandu Perodua Myvi, Naziha Aqmaliah Mazlan, 24, patah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...