Skip to main content

Tun M hairan TMJ tidak tahu projek


PUTRAJAYA -- Kerajaan negeri Johor dan pihak-pihak lain mengetahui mengenai pembangunan Hab Pemindahan Kapal ke Kapal (STS) di perairan negeri itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya beliau telah menemui Menteri Besar Datuk Osman Sapian semalam, yang membangkitkan soalan mengenai projek itu, yang dijangka menjadi hab STS terbesar di dunia.

“Oleh itu, saya fikir beliau (Menteri Besar) tahu mengenai projek itu yang akan menguntungkan Malaysia. Saya tidak fikir ada orang yang mahu rugikan Malaysia dengan memihak kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani antara KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Ltd.

Di bawah perjanjian induk yang ditandatangani antara dua syarikat itu, KA Petra dan Hutchison akan membangunkan STS, dengan anggaran kos antara US$150 juta dan US$180 juta.    

Dr Mahathir mengulas mengenai catatan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosial semalam, yang menyatakan kerajaan Persekutuan tidak berunding dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu, selain mengaitkan projek STS dengan pemimpin kerajaan dan kroni tertentu.  

“Tengku Mahkota Johor tidak tahu mengenainya, walaupun berada dalam Johor, ramai orang Johor tahu (mengenai projek ini), saya hairan baginda tidak tahu.

“Semua orang di Malaysia (adalah) kroni saya, kerana saya bekerja untuk semua orang, termasuk orang Johor,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau ingin tahu sama ada kerajaan negeri Johor akan menolak projek STS, berikutan beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripadanya.

Mengenai isu tuntutan pelabuhan yang bertindih oleh Malaysia dan Singapura, Dr Mahathir menjelaskan projek STS telah dimaklumkan kepada republik itu, dan lokasinya dalam perairan Malaysia.

Sementara itu, KA Petra akan mempunyai kepentingan sebanyak 70 peratus dalam projek itu, dengan Hutchison memiliki kepentingan strategik sebanyak 30 peratus.

Pembinaan hab STS di kawasan seluas 1,214.06 hektar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan permulaan pembinaan dijangka dalam tempoh 12 bulan akan datang. 

STS tersebut akan mempunyai kapasiti untuk menyimpan sembilan juta tan metrik produk petroleum.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...