Skip to main content

Tun M ikrar pertahan maruah negara


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini terjerumus dalam masalah buruk, hilang maruah, kedaulatan dan arah tujuan selagi masih hidup.

Perdana Menteri berkata beliau sedar tentang cabaran didepani  yang seolah-olah tidak dapat diatasi pada masa tertentu.

"Selagi saya hidup, saya akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini jatuh, tercalar maruah dan hilang arah tujuan. Kita telah berjaya mengatasi cabaran dan rintangan pada masa lalu dan kita berharap dapat mengatasinya pada masa akan datang, insya-Alllah," katanya dalam ucapan pada Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di sini.

Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman beliau menerajui negara yang beliau menekankan untuk mencari alasan dan tujuan bersama.

Justeru, beliau sangat menekankan tentang perlunya mempunyai alasan dan tujuan bersama yang akan menjadi titik permulaan ke arah mencapai perpaduan dalam kepelbagaian.

"Sejak saya menjadi Perdana Menteri pada kali pertama, saya sering ditanya tentang rahsia saya kerana mampu mengurus negara yang begitu pelbagai sehingga hampir setiap segmen mempunyai pelbagai permintaan dan keutamaan yang berbeza.

"Tidak ada rahsia selain konsep paling asas dan logik ketika kita berhadapan dengan kumpulan orang yang pelbagai. Sebaik kita dapat mencapai alasan dan tujuan bersama, kita boleh membina mereka," katanya yang diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Pembina Negara dan pemimpin Berwawasan AAMO atas sumbangan beliau kepada negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Dr Mahathir berkata pentingnya kepercayaan yang tulus untuk kebaikan rakyat dan negara serta berpegang kepada prinsip memikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan kedaulatan.

"Membantu rakyat kita sendiri untuk bersatu dan sepakat untuk membangun dan membina negara adalah tanggungjawab kita dan kita juga akan mendapat faedah hidup di negara yang berjaya," kata perdana menteri yang telah berusia 93 tahun itu.

Dr Mahathir berkata beliau dahulu adalah seorang doktor dan menghabiskan masa selama beberapa tahun mengamalkan profesion perubatan yang membolehkannya beberapa pengalaman profesionnya dimanfaatkan untuk pengurusan negara.

"Dalam banyak cara, pengurusan sebuah negara memerlukan proses yang sama seperti doktor, dan di mana dan apabila perlu, pemimpin perlu membuat keputusan yang drastik dan tegas untuk menyelamatkan negara," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia sebagai sebuah negara sudah melalui pelbagai rintangan sejak mencapai kemerdekaannya dan beliau telah menyaksikan bagaimana ia melalui perjuangan untuk membina tapak dan menjadi sebuah negara yang mempunyai keazaman dan keyakinan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...