Skip to main content

Wang umrah disapu penyangak WhatsApp


KUANTAN -- Hasrat seorang pesara untuk mengerjakan umrah bersama tiga anggota keluarganya tidak kesampaian apabila ditipu oleh syarikat pengurusan umrah yang diketahuinya menerusi aplikasi WhatsApp. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata mangsa yang berusia 63 tahun juga mendakwa kerugian RM25,600 yang telah dijelaskan kepada wakil syarikat berkenaan. 

"Mangsa mendakwa telah mengikuti kursus bimbingan umrah sebanyak dua kali kendalian syarikat itu sebelum ditawarkan pakej bernilai RM4,900 seorang yang dijadualkan berlepas antara 20 hingga 30 April ini. 

"Mangsa bersetuju dan menyatakan hasrat mahu menyambung pakej selama sebulan kerana mahu merasai pengalaman berpuasa di Mekah dan telah membuat bayaran sebanyak lapan kali ke dalam akaun syarikat itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata pada 25 April lepas, mangsa dimaklumkan penerbangannya untuk ke Mekah ditunda dan sehingga kini, wakil syarikat itu gagal memaklumkan tarikh baharu penerbangan. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang kontraktor berusia 42 tahun mendakwa kerugian RM3,000 apabila ditipu rakan kongsinya dalam urusan pembelian lori, sejak 4 Jan lepas. 

"Mangsa mendakwa rakan kongsinya telah menjanjikan pulangan sebanyak 15 peratus kepada mangsa daripada hasil perniagaan menggunakan lori itu menyebabkan dia bersetuju membuat bayaran pada 13 Jan lepas. 

"Bagaimanapun mangsa mendakwa tidak pernah melihat lori itu mahupun dimaklumkan tentang perkembangan perniagaan dan suspek sering memberi pelbagai alasan apabila ditanya," katanya. 

Mangsa mendakwa mula berasa ditipu selepas berhubung dengan beberapa rakan lama suspek yang memberitahu mereka telah mengalami nasib yang sama dengan mangsa. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...