Skip to main content

Dua rakyat asing maut minum arak beracun


IPOH -- Dua lelaki masing-masing warga Bangladesh dan Myanmar meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini disyaki mengalami keracunan metanol.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming  berkata kedua-dua mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HRPB pada 28 April lalu setelah mengalami gejala kabur penglihatan, loya, muntah, sakit perut dan kurang sedar selepas minum minuman beralkohol.

“Kedua-dua lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal semasa dimasukkan ke hospital dan  meninggal dunia pada awal pagi ini,” katanya.

Dr Ding berkata sampel klinikal daripada kedua-dua kes telah dihantar ke makmal untuk pengesanan metanol dan keputusannya belum diterima.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan survelan minuman beralkohol di pasaran juga akan dipertingkatkan.

Beliau berkata keracunan metanol boleh menyebabkan gejala sakit perut, sesak nafas, kabur penglihatan, loya, muntah, pening atau sakit kepala yang teruk serta kekejangan kaki.

“Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan pengambilan minuman beralkohol tiruan. Sekiranya terdapat individu yang mengalami mana-mana gejala tersebut selepas pengambilan minuman beralkohol, sila bawa untuk mendapatkan rawatan di hospital yang terdekat dengan kadar segera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata polis yang bertugas di Pondok Polis 10, HRPB menerima maklumat mengenai kematian seorang pekerja buruh binaan warga Myanmar dikenali sebagai Than Hta Young, 40, kira-kira pukul 10 pagi Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai disebabkan keracunan berpunca dari minum minuman keras.

“Mangsa dipercayai membeli minuman keras itu di Pusing dekat Batu Gajah. Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata sebelum lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Roy berumur 32 tahun meninggal dunia, dia dipercayai mahu meminjam duit rakannya untuk membayar kos rawatan di Klinik Balbir Menglembu di sini pada 28 April lalu.

“Rakan si mati kemudian datang ke klinik tersebut untuk membayar kos rawatan si mati dan pada masa yang sama doktor di klinik tersebut menyarankan si mati dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut.

“Dia bersama si mati telah pergi ke HRPB  menggunakan teksi dan dalam perjalanan si mati menceritakan dia berasa loya dan muntah-muntah serta pening kepala,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...