Skip to main content

Keputusan permohonan UPU pada 5 hingga 12 Mei


PUTRAJAYA -- Sebanyak 199,626 permohonan UPUOnline lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diterima untuk kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) bagi sesi akademik 2019/2020, kata Kementerian Pendidikan hari ini.

“Calon-calon ini adalah layak, dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Pendidikan berkata hebahan keputusan permohonan kemasukan ke program pengajian asasi,  sijil dan diploma akan diumumkan pada 5 Mei (Ahad) mulai 12 tengahari sehingga 11.59 malam 12 Mei.

Saluran hebahan itu ialah di UPUPocket 2.0 dan lima URL lain iaitu https://jpt.umt.edu.myhttps://jpt.ums.edu.my, https://jpt.unimas.myhttps://jpt.utm.my dan https://jpt.uum.edu.my.

Semakan status permohonan juga boleh didapati melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)  ke 15888 dengan menaip UPU RESULT [NO. KP], katanya.

“Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan,” kata kementerian itu. 

Menurut kementerian itu, surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, politeknik, kolej komuniti serta ILKA, dan semua calon berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan di URL http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai pukul 12.00 tengah hari 5 Mei sehingga 11.59 malam 10 Mei, katanya

Rayuan ke politeknik premier, politeknik konvensional/metro, kolej komuniti dan ILKA pula boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada institusi berkaitan, kata kementerian itu.

“Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu,” katanya.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi akan membuka kaunter khidmat runding cara permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA  di ruang legar Kementerian Pendidikan, Menara 2, Presint 5, Putrajaya mulai 6 Mei 2019 pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang pada waktu dan hari bekerja sahaja sehingga 10 Mei 2019.

Kemudahan hotline turut disediakan pada waktu dan hari bekerja untuk membantu menjawab kemusykilan pemohon. Talian Hotline BPKP Jabatan Pendidikan Tinggi ialah 03-8870 8200.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...