Skip to main content

Perbicaraan rasuah, gubah wang haram RM2.28 bilion mulai 19 Ogos


KUALA LUMPUR -- Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berdepan  25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana  1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, akan bermula pada 19 Ogos.

Hakim Mahkamah Tinggi  Collin Lawrence Sequerah menetapkan  19 hingga 29 Ogos;  sepanjang bulan  September dan  Oktober kecuali Jumaat, di samping dua minggu pertama November, untuk perbicaraan kes itu.

Tarikh baharu itu ditetapkan selepas Peguam Negara  Tommy Thomas, yang mengetuai  pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib membabitkan SRC International  Sdn Bhd, memohon supaya mahkamah menangguhkan perbicaraan kes  1MDB najib sehingga kes  SRC International diselesaikan terlebih dahulu, dan tiada bantahan daripada pasukan pembelaan.

"Kami tidak mahu kes SRC International didengar sebahagian dan kemudian dibiarkan tergantung. Jika segala-galanya berjalan lancar, pendakwaan boleh menutup kes pada  21 Jun, yang juga tarikh akhir ditetapkan bagi kes 1MDB," katanya, dan menambah, kes  SRC International adalah satu daripada kes berkepentingan awam.

Hakim Sequerah berkata  1MDB juga merupakan kes berkepentingan awam,  dan mahkamah telah melapangkan kes yang memperuntukkan hukuman mati bagi mendengar perbicaraan kes  1MDB.

"Saya memerlukan komitmen daripada pendakwaan dan pembelaan berhubung tarikh perbicaraan ini,” kata Hakim Sequerah. 

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, berkata pasukan pendakwaan tiada bantahan berhubung tarikh baharu perbicaraan itu.

Bagaimanapun, beliau memohon agar mahkamah tidak menetapkan perbicaraan pada hari Jumaat supaya peguam dapat menguruskan perkara lain.

Sebelum menetapkan tarikh baharu itu, Hakim Sequerah mengingatkan pendakwaan dan pembelaan supaya tidak lagi menangguhkan kes itu kerana ini merupakan kali kedua kes  1MDB ditangguhkan.

"Ini kali kedua anda memohon kepada saya tarikh baharu. Anda perlu ingat,  1MDB juga adalah kes berkepentingan awam. Saya juga ada kes lain seperti bunuh dan dadah. Sekarang anda pohon bagi kali kedua untuk penangguhan kes 1MDB.

"Jadi, saya tetapkan keseluruhan bulan September dan Oktober selain dua minggu pertama  November. Saya tidak mahu ada lagi permohonan selepas ini bagi penangguhan perbicaraan kes 1MDB," kata Hakim Sequerah.

Mahkamah turut menetapkan  21 Jun bagi pengurusan kes.

Terdahulu, Hakim  Sequerah menolak permohonan Muhammad Shafee supaya perbicaraan kes itu dimulakan pada pertengahan September kerana beliau perlu mengendalikan kes bunuh membabitkan  Samirah Muzaffar, yang didakwa membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif  Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan.

Bagaimanapun, Thomas berkata mahkamah perlu memberi keutamaan kepada kes yang lebih berkepentingan awam.

Thomas: Samirah adalah kes bunuh, maafkan saya, saya bantah. Kes ini  (1MDB) adalah keutamaan.

Muhammad Shafee: kes Samirah juga adalah kes berkepentingan awam.

Selasa lepas, pihak pendakwaan dalam kes SRC International yang dihadapi Najib, memfailkan usul untuk melapangkan tarikh perbicaraan kes  1MDB Najib mulai  14 Mei bagi membolehkan pendakwaan menyelesaikan kes itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes 1MDB bermula.
"Saya memerlukan komitmen daripada pendakwaan dan pembelaan berhubung tarikh perbicaraan ini,” kata Hakim Sequerah. 

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, berkata pasukan pendakwaan tiada bantahan berhubung tarikh baharu perbicaraan itu.

Bagaimanapun, beliau memohon agar mahkamah tidak menetapkan perbicaraan pada hari Jumaat supaya peguam dapat menguruskan perkara lain.

Sebelum menetapkan tarikh baharu itu, Hakim Sequerah mengingatkan pendakwaan dan pembelaan supaya tidak lagi menangguhkan kes itu kerana ini merupakan kali kedua kes  1MDB ditangguhkan.

"Ini kali kedua anda memohon kepada saya tarikh baharu. Anda perlu ingat,  1MDB juga adalah kes berkepentingan awam. Saya juga ada kes lain seperti bunuh dan dadah. Sekarang anda pohon bagi kali kedua untuk penangguhan kes 1MDB.

"Jadi, saya tetapkan keseluruhan bulan September dan Oktober selain dua minggu pertama  November. Saya tidak mahu ada lagi permohonan selepas ini bagi penangguhan perbicaraan kes 1MDB," kata Hakim Sequerah.

Mahkamah turut menetapkan  21 Jun bagi pengurusan kes.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...